Maal Hijrah.

Jikalau nak dibandingkan pengorbanan sahabat Rasulullah S.A.W dengan kita, ibarat sebutir manik di atas bilik bersaiz 500x400 meter, or even less.


Rasulullah berjaya mendidik sahabat-sahabat berjiwa mantap dan beraqidah superb dengan tarbiah secara terus daripada Allah S.W.T. Mereka sahabat, kita siapa nak dibandingkan? Nah, Rasulullah cakap Aku merindui saudaraku, dan saudara yang dimaksudkan adalah kita! With one condition, you preach islam and help this deen to rise back.

Perjalanan hijrah tidak akan berlaku jikalau iman mereka tidak qawiy. Bergantungkan hanya kepada janji Allah yang akan membantu orang Mukmin. Mereka diseksa, mereka dihina dicerca.

"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, walhal kamu tidak lagi didatangkan dengan ujian yang didatangkan kepada mereka yang datang sebelum kamu, mereka ditimpakan kesusahan, kemudharatan, dan dikalahkan sehingga ar-rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: bila pertolongan Allah nak datang? Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Seorang srikandi muslimah, berhijrah bertemankan hanya anaknya yang masih belum baligh, dan dengan keyakinan yang tinggi, berjaya sampai ke madinah.

Allah, itu kaum wanita, kaum muslimah, aku? Hijrah lawan nafsu pun susah.

Dan ketahuilah, Hijrah untuk menyelamatkan aqidah itu ialah sebaik-baik hijrah.

Salam Maal Hijrah.

Hey Zameer. You left your Blogspot account open at the IT Center. Logged out for you. You're welcome.

Sayonara

'Matang la sikit, meer.' Terlafaz di bibir sheikh dan saiful. Begitulah saban hari aku diingatkan supaya menjadi matang. Kurang mengerti maksud matang yang dimaksudkan.

**********************

Tahun ni aku junior. Next sem aku senior. Senior ye. Aku pelik. Aku dikurniakan kelebihan untuk rapat dengan senior2 sejak dahulukala lagi. Semasa di MTAQ, bermula ketika aku masih bertatih memahami erti kehidupan seorang pelajar agama, aku sudah rapat dengan semua generasi, malahan, aku lebih rapat dengan senior berbanding batch sendiri. Suasana itu juga ku rasakan di KYUEM. Ya, KYUEM.

Seniors bakal mengorak langkah menuju ke menara gading yang lebih tinggi. Memapah amanat bangsa dan agama yang semakin walah. Pergilah. Pergi dengan niat yang satu, yang tidak perlu ku ungkapkan di sini.

KULIAH SUBUH

Berborak kosong, Imran dan aku bercadang menganjurkan kuliah subuh. Bermula dari titik itu, beberapa siri kuliah subuh diadakan. Hakim mengingatkan tentang pencipta, Luqman (mufti) mengingatkan tentang kejadian, Saiful Oye mengingatkan tentang persahabatan, Hannan mengisahkan kisah Ashabul Ukhdud, Hafizi mengingatkan tentang islam dan senarai itu pergi (baca: and the list goes on)

Seusai berkuliah subuh, sesi berukhuwwah menjelang tiba. Kadang-kadang diisi dengan tidur berjemaah, menunggu waktu sarapan. Diisi juga dengan bacaan alquran berlagu. Kemuncak adalah sesi berjaulah keluar surau. Mengambil foto berjemaah, melompat bagaikan anak keriangan, ahh, cukup indah kenangan.

ODC

'Tahniah, anda terpilih, tengok ada kamera kat belakang tu,' Bait kalimah itu menjadi titik tolak perjalananku selaku 'the only junior (yg cute)' dlm ODC. Perjalanan berteraskan dakwahmenjadi teras. Usaha mewarnai benak2 fikiran manusia dengan bahan dakwah insya allah membuahkan hasil. Aku sebenarnya jenis yang pemalu, stagefright. Namun dididik, dan sedikit sebanyak diriku terdidik untuk menjadi lebih yakin di khayalak. Terima Kasih Adin, Hannan, Saiful Oye dan Luqman.

CHALET S-01

Mengimbau kenangan, chalet S-01 menjadi tempat bermastautin tetap bagiku. Chalet P-30 menjadi tempat persinggahan sementara. Chalet itu byk mengajarku erti bersabar. Bersabar dalam usaha membangunkan penghuni untuk solat berjemaah, bersabar apabila ditarik selimut, bersabar apabila ditutup aircond pada waktu malam, bersabar apabila dinyalakan lampu di saat lena dibelai mimpi. Namun, itu semua bakal menjadi kenangan terindah, manis masam dalam berukhuwwah. Buat penghuni S-01, zamri, york, lee, imran, kamil, sheikh, CK. Terima Kasih diucapkan.

UCAPAN

Buat seniors, aku tahu aku kadang-kadang menyakitkan hati. Oye, xde org dah nk bangga diri dgn kau pasni. Sheikh, xde org dah nk cium tgn kau pasni. Lee, xde org dah nk tepuk blakang kau kuat2 pasni. CK, xde org dah nk ambik bb dgn ipod ko buat mcm harta sndiri dah pasni. Afiq Anuar, xdok ore doh nok main cocok2 mung pahni. Setiap orang mempunyai kenangannya yang tersendiri. X mampu ku senaraikan kesemuanya. Jadi, kepada seniors, aku mintak maaf banyak2 andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara, ter dan ter lagi. Percayalah, benda2 macam ni yang korg akan igt nanti. :D Terima kasih atas segalanya, masa yang terluang melayan kerenahku. Jaga diri elok-elok. Insya Allah tahun depan kita jumpa lagi. Terus dan terus berjalan atas jalan dakwah. Jadilah syabab berguna. Ummat merinduimu untuk mengubat kesakitan yang lama, bernanah dan berdarah. Sesungguhnya ukhuwwah yang terbina, Insya Allah tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujanggg.

"Sahabat baik itu adalah musuh di akhirat kelak kecuali mereka yang bertakwa"


Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joy and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the never ending support you always give me
Oh friend...oh...

I will always love you
I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better
Thank you for everything

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you


Habis.

Habis. Tamat. Malas lg nk update. Nanti la. It's time to get serious.

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan legasi"

Subuh Surau Saad

Ketika bayu berpipit lembut melampiaskan embun-embun kaca bertempiaran memberikan aroma pagi yang hanya, hanyasanya. Horizon jingga membiaskan warna tenang, memupuk suasana damai dan tenang. ok stop zameer.

Kajian menunjukkan bahawa oksigen spesel daripada pukul 3-6 pagi hanya boleh didapati pada waktu tersebut. Ianya boleh melancarkan pengaliran darah dan insya-allah membersihkan paru2. Xcaya try bangun pukul 3, pergi tengah padang nuh. Mmg oksigen rasa lain. Analoginya macam air reverse osmosis dengan air mineral spritzer. Spritzer lebih segar dan fresh. Maka atas sebab itulah Allah, Tuhan kita yang maha sweet lagi baik, mensyariatkan perkara qiamullail. Perkara berapa dalam akta tak tau la. Tp yg pasti bukan perkara 153. ok lame.

Satu lagi benda yang amat menarik perhatian dan pandangan serta penglihatan aku adalah panorama. Ya, panorama. Bagi penggemar dslr slr dan sewaktu dengannya, memang amat patutlah anda bangun subuh. Lepas subuh ambek gamba bintang. Woha. Tp tulah dia, mmg lawa kot. Sumpah tak tipu.

Hari ni jemaah subuh kat Surau As-saad ramai daripada biasa. Lebih panas daripada biasa, HOT FM. Maka memang macho lah orang2 yang boleh bangun dan datang solat. Tahniah diucapkan.

Muslimin
Muslimat

Jemaah kedua. Awal sangat qamat hari ni. tapi ape pun mmg mantop.

Bestnya kalau hari-hari ini macam.

Sekian luahan hati,
ZAMEER

Khasiat nafsu.

Sedikit coretan kecil sebelum melangkah ke arena besar.

Nafsu. Semua orang ada nafsu. Nafsu orang itu kuat. Kalau xdak nafsu, maka bukan orang orang itu.
*mcm ayat darjah tiga* tukar2.

Bila berbicara tentang nafsu, aku amat tertarik untuk berbicara tentang nafsu. Kerana antara jihad yang agak besar adalah jihad melawan nafsu. Kau menang lawan nafsu, maka menanglah kau. Kau kalah lawan nafsu, maknanya kau loser. Simple!

Tp nafsu seringkali dikaitkan dengan keburukan je. Sedangkan nafsu ni ada khasiatnya yang tersendiri, sebagaimana tongkat ali kacip fatimah yang terkenal dengan khasiatnya tersendiri yang tidak dapat dinafikan lagi.

Khasiat nafsu terdiri daripada beberapa elemen penting. Nafsu seringkali membuatkan kita rasa nak lagi. nak lagi. nak lagi dan nak lagi. haa kan bagos tu?

Jikalau anda betul2 org yang bernafsu, maka simpanlah nafsu anda untuk benda yang lebih baik punyaaa!

Inginkan arak? Tunggu, kat syurga arak lagi ummphh.

Nak berzina? Elehh, bidadari syurga lagi cantik lah. kalah jolie lopez tah kemende sume tuh.

Nak makan babi? Hoi, kat syurga banyak lagi daging2 sume haiwan ko boleh makan.

Nak berjudi rasuah dapat duit banyak? emas, perak lagi tinggi dari emas perak pun ada kat sana cik kakk oiii.


Nak awek lawa? Haa. kat sana awek bukan stakat lawa. tp ****** (x dpt nk describe sbb terlalu tinggi tahap kelawaannya)

Maka, jom jadi orang paling tinggi nafsunya! wohaaa~!
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

sedangkan manusia berjanji, pak turutnya ramai, apatah lagi janji tuan kepada ramai-ramai.

Penyakit.

Aku mengalami satu penyakit. Penyakit inferiority complex. Mmg patut aku ada penyakit ni. Sbb i'm always not the best.

******

Namun apabila penyakit ini menular setular-tularnya, mamposlah bangsa, negara dan sewaktu dengannya. Pelik. Pelik. Pelik.

Namun, ayat yang cukup cliche(baca: klicey) ini secara sengaja tidak dimasukkan satu lagi elemen penting. Iaitu agama.

YA, benar. Agama islam tidak menyuruh kita bersifat dengan sifat sedemikian. Bahkan, disebut dalam Al-Quran yang kita baca hari-hari (insya allah, tapi pengamalan serta penghayatan serta pemberitahuan? hmm. sumpah aku masih lemah.) Eh, terlari topik.

"Kamulah umat yang terbaik yang dikeluarkan kepada manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..."


Namun, berapa ramai yang menyahut cabaran ini? Menjadi umat terbaik? Ya Allah, aku masih lemah.

Disebutkan lagi, " Janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu bersedih, dan sesunnguhnya kamu berada di tingkat paling atas jika kamu orang yang beriman "

Namun, berapa ramai yang tahu maksud erti kata menjadi mukmin sebenar? Ya allah, aku masih lemah.

Ayat berkisar tentang ciri-ciri mu'min banyak berkisar dalam Al-Quran.
"Sesungguhnya BERJAYA orang-orang yang mukmin.Orang yang khusyuk solatnya. Dan orang yang menjaga percakapannya, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang menjaga kemaluannya (maruahnya)..."

Namun sekali lagi, berapa ramai yang betul-betul khusyu dalam solat? Berapa ramai yang betul-betul menjaga percakapannya? Berapa ramai yang menunaikan zakat dengan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, berapa ramai yang memelihara maruahnya degan sebaiknya?
Ya allah, aku masih lemah.

Nah, terimalah pukulan dari ayat-ayat Al-Quran ini.

Kita hidup dalam zon selesa. Bersenang-lenang dengan nikmat islam, yang jika tidak diperjuangkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W tidaklah kita akan dapat merasai nikmat ini. Namun begitu, sejauh manakah kita mengamalkan ISLAM dalam hidup kita!!? (sfx: bunyi guruh) Ya Allah, aku masih lemah.

Tercatat dalam Al-Quran: " Adakah kamu menyangka kamu akan masuk ke syurga, dan tidak datang kepadamu seperti apa yang datang (musibah) kepada orang-orang sebelum kamu..."

Pernahkah kita diuji seteruk sahabat yang kental, Bilal bin Rabah? Diletakkan batu di atas badannya di padang pasir yang panas terik. Sanggupkah kita menegakkan kalimah TAUHID jika diseksa sedemikian?

Tidak usah menipu diri sendiri, everything lies deep inside your heart(and my heart).

Ya allah, aku masih lemah. Malah sangat lemah.

Amalanku cukupkah untuk mendapat redhamu? Cukupkah untuk ke syurga abadimu? Aku yakin tidak.


Sudah lama kita hidup selesa. Selesa dengan nikmat dunia. Ya allah....

"Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dengan agamamu dan ketaatan kepadamu."

Ayuh as-syabab. Bangkitlah dari lena yang panjang. Terbitkanlah sinar dari dirimu yang bakal menyirna segenap alam.

Aku manusia biasa. Aku khuatir tidak melaksanakan apa yang diperkatakan.


Coretan motivasi untuk diri sendiri. chaiyyok. aja fighting~!

Taaruf

My Photo
I'm just another servant of Allah who seeks for his guidance to follow with, and wishing to be granted by his ultimate grant, JANNAH :)

Followers

Ini Tarikh Kita

Demi masa..

Powered by Blogger.